- Akhir tahun lalu gerakan
Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin
II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan
bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki.
Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut
laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian
mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri
dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah
Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab,
yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar
mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar
memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya
ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan
Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj
gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II
(bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang
mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat
diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan
Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.
- Tiga hari sebelum pihak bersenjata
KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat
maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan
senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi
mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut
mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang
bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia
yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di
Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main
dibelakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian
mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di
Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah
dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus
berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan
Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng.
Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih
tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di
Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran
kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan
itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan
Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak
diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti
meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan
pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang
berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat.
Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang.
Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
- Ada laporan sebahagian mereka itu
adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah
dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut
saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook
wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan.
Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera
Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan
Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat
bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu
kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi.
Selamat.
- Malaysia nampaknya panik seketika.
Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi
bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk
mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada
pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk
memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk
dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan
bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada
Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang
kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan
demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah
tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang
kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan
besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit
berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S
501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah,
wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka.
Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak
walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh
oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah
perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka
yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana
bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar
mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan
buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia
lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR
akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke
seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka
secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan
gagal.
Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang
bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia
agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun
sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan
Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia
berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat.
Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah
menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan
kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka
mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika
perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.
Keluarga Kiram sangat terancam
dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan
Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman
oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu
"DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik
keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi
mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak
pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari
pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis
pelbagai buku sejarah Sulu.
Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim
Abbas Kedah memberikan ceramah di Lahad Datu pada tahun 2005. Beliau adalah
guru perjuangan kepada Sultan Bantilan II. Ustaz senantiasa menjadi penasihat
kerohanian Sultan Bantilan II walau pun Baginda Sultan berada jauh di Jolo Sulu
Darul Islam. Ketika ceramah ini sedang berlangsung, Sultan Bantilan II berada
di sisi Ustaz Hj Halim yang ketika itu Baginda hanya dikenal sebagai DATU
LADJAMURA BIN DATU WASIK ARANAN PUYO.
SUMBER: tausug-global
Ape pendapat korang? " YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PELIHARAKANLAH
KESELAMATAN MEREKA2 YG KINI BERADA DI AMBANG PEPERANGAN. PELIHARAKANLAH JUGA
KESELAMATAN PARA PEJUANG YG KINI BERJUANG MENJAGA KESELAMATAN NEGARA. BIARLAH
KEJADIAN INI BERAKHIR SECEPAT MUNGKIN YA ALLAH ".
No comments:
Post a Comment