Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.
Anggota Polis sedang membuka papan mayat 13 penceroboh yang terbunuh dengan Pasukan Keselamatan
Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar
kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.
Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang
memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah
sandiwara.
“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai
kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan
sandiwara,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, berlaku dua pertempuran di sekitar
kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi
susulan dan penggeledahan.
“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan
penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota
kumpulan penceroboh itu.
“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan
penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat
anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan
tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.
Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui
pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu. ialah
gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah
kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.
No comments:
Post a Comment