Inilah gudang simpanan emas Bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion!
Info tambahan:
Terdapat
berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya
bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu
dikatakan seberat 4,600 tan.
Gudang ini dibina di bawah tanah
dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan
raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of
Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London
berada.
Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar
di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang
emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan
tertinggi di London, Tower 42.
Bayangkan saja, untuk membuka
pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3
kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih
yang ada di situ.
Pergghhh..kalau dpt 1 ketul pun kira ok juga kan? haha..Pakcik Kayo!!!!
No comments:
Post a Comment