Saya senaraikan antara status di Facebook yang boleh menyampahkan dan menjengkelkan orang ramai.
1. Check in kat pusat beli belah dengan status ‘shopping untuk hilangkan
stress’ atau ‘ahhh hari-hari shopping, habislah duit’. Pelik individu
sebegini, semuanya mahu ditulis. Tidak tahu apa tujuan mereka, tapi yang
lebih teruk lagi bila ambil gambar beg plastikshopping dan tayang
jenama, malah ada yang tayang tanda harga.
2. Apabila individu tangkap gambar sendiri seperti buat muka comel baru
bangun tidur, mulut dimuncungkan dengan caption ‘muka baru bangun tidur,
tanpa mekap, mata sembap sebab tak cukup tidur’. Mungkin individu
tersebut mahukan perhatian sebab itu sampai tulis status sedemikian
malah harapkan orang komen seperti ‘eh u still nampak comel la, nampak
muda la dari umur sebenar’.
3. Apabila individu yang asyik ambil gambar anak dan tulis status
seperti ‘alahai anak mama makin nakal, suka sepahkan rumah’, masalahnya
setiap hari update status pasal anak, anak dan anak. Anak makan, anak
baru lepas mandi, anak sedang tidur, kiranya setiap perbuatan si anak
mahu tulis di Facebook.
4. Ada juga individu yang sempat check in di hospital dan tulis status
berbunyi ‘ayat sendu suruh doakan anak, suami, saudara mara’, yang
peliknya sempat pula update status di Facebook bila keadaan genting
berlaku. Tak logik betul!
5. Setiap pagi mesti ada individu yang sempat ambil gambar pegang
stereng kereta danupdate status seperti ‘jalan jem lagi hari ni’ atau
‘letihlah hari-hari macam ni’, sebenarnya apa tujuan mereka tulis status
sedemikian. Mungkin mereka ini inginkan perhatian.
6. Ada juga individu yang kerap kali update status tetapi masalahnya
ialah penggunaan bahasa yang kurang difahami, bahasa pelat. Sebagai
contoh ‘sayang jadi syunk’, ‘kita jadi kitew atau itew’, ‘makan jadi
mamam’, rupanya jadi upenye’. Rosak bahasa kalau terus begini.
7. Bila individu yang sentiasa update status berkaitan hal kerohanian
contohnya seperti‘alhamdullillah hari ni rezeki melimpah ruah, semoga
hari esok juga begitu’, ‘setiap hari ada saja dugaannya, kuatkanlah
diriku ini’. Kiranya begitulah bunyi status. Masalahnya, bila ada yang
komen, individu tersebut tidak mahu beritahu pula apa yang berlaku,
sedangkan status punyalah. Hurmmm…
8. Bila ada individu yang update status seperti ambil gambar makanan
siap captionberbunyi ‘hari ni masak telur goreng dengan sardin saja,
syukur nikmat’, alahai macam ini pun ada juga rupanya. Hurmmm.
9. Ada juga status seperti check in di tempat percutian yang agak mewah
seperti luar negara dan update ‘best giler tempat ni, nyaman dan
tenteram je’ atau status update check in setiap kali ke sesuatu tempat.
Boleh dikatakan agak menjengkelkan pada orang yang membacanya. Bila anda
update sebegini, ada orang yang berpendapat anda hanya mahu menunjuk
sahaja. Jadi, hentikanlah.
10. Berbalik pada status check in di pusat beli belah, ini pula individu
yang suka updatestatus ambil gambar koleksi barang peribadi seperti
baju, kasut, aksesori, beg tangan dan tulis ‘terima kasih sang boyfriend
sebab habiskan duit kat i’, ‘kesian teman lelaki i keje penat-penat, i
tukang habiskan duit dia’. Pernah bukan? Yang jadi menjengkelkan ialah
bila anda ambil gambar barang peribadi dan tulis teman lelaki, orang
jadi menyampah bila baca.