Selain Mekah dan Madinah, Putrajaya adalah
satu-satunya bandar di dunia yg tiada gereja, tokong, kuil, biara dan
seumpamanya. Yang ada hanyalah Masjid dan Surau.
Pergilah ke mana-mana bandar besar, bahkan di bandar utama negara islam
seperti Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dan lain lain, kita
akan melihat wujudnya pelbagai rumah ibadat selain Masjid dan Surau.
Hanya MASJID & SURAU sahaja dibenarkan di PUTRAJAYA.
Itu adalah melambangkan keagungan Islam yang didokong dan diIlhamkan oleh Tun Dr. Mahathir.
Bangunan pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. Perkataan
MASJID yang digandingkan dengan PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yang
tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) dan PUTRA (mewakili
Melayu Bumiputra).
Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar
secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam dan
mengutamakan Bumiputra.
Masjid Ke-2 Putrajaya pula ialah MASJID
BESI yang turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara
simboliknya semua keputusan Hakim dibuat secara adil lagi saksama dengan
berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam. Alhamdulillah.