Monday, 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Asslalamualaikum W.B.T…syukur kita ke hadrat Illahi kerana diberi peluang lagi untuk bernafas d bumi ciptaanNya..sepanjang tahun 2012, sememangnya banyak kenangan manis, pahit, suka dan duka yang berlaku ke atas kehidupan kita yang bergelar manusia. Di harap pada tahun baru 2013 ini , kita semua dapat memperbaiki diri kepada kehidupan yang lebih bermakna. Selamat Tahun Baru 2013 keada semua warga W.P.Labuan dan juga kepada semua rakyat Malaysia… 




  
 Yahoo...hari ini cuti....

Saturday, 22 December 2012

Gambar-Gambar Lawak Si Jurugambar

Hmm...nak jadi seorang jurugambar yg proffesional bukannya mudah...memang banyak cabaran..ada orang yg ingat jadi jurugambar ni amat lah mudah...gambar-gambar ini menunjukkan betapa payahnya seorang jurugambar utk mendapatkan 'moment' atau' angle' yg cantik...lucu pula, hehe...





















Monday, 17 December 2012

Lukisan 3D yg Awesome...

Post kali ini saya dapat melalui e-mel seorang kawan...gambar-gambar tersebut di hasilkan dengan menggunakan teknik 3D. memang hebat & awesome..jom kita saksikan...











Monday, 10 December 2012

Pemandu di Sabah: Berhati-hati Apabila Memandu Di Jalan Raya Ini

Satu insiden telah berlaku pada seorang pemandu Fauzi Miswan di jalan KK dan Kota Belud.

Kejadian berlaku pada 29/08/2012 jam lebih kurang 6.00 p.m. semasa saya, isteri ,dua orang anak saya yang berumur setahun dan 6 tahun serta seorang anak buah saya berumur 8 tahun dalam perjalanan pulang dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar kedua mertua dan adik ipar saya di Kg Kulambai Dundau..

Tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu objek panjang yang berpusing menuju ke arah kereta saya dari atas sebuah bukit di lokasi Kg. Paka-Paka jalan Kota Belud - Tuaran (berhampiran bukit Tenghilan)...,oleh kerana tidak sempat mengelak ,objek tersebut terkena hadapan kereta saya betul-betul di sebelah pemandu dengan satu dentuman yang kuat..,objek tersebut melantun lalu terjatuh di seberang jalan..,saya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mendapati bonet kereta telah kemek...,lantas terus menuju ke arah objek yg terjatuh tadi..alangkah terkejut nya saya bersama isteri apabila mendapati objek itu adalah sebatang besi keluli padu seberat lebih kurang 2 kg..

Alangkah bernasib baiknya saya kerana objek tersebut tidak jatuh mengenai cermin kereta saya lalu tembus terkena saya yang sedang memandu atau terkena anak saya yang duduk dihadapan ketika itu...dan jika itu terjadi apakah agaknya nasib isteri dan anak-anak serta anak buah saya yang ketika itu bersama di dalam kereta yang saya pandu..syukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya selamat...,

Setelah sampai kerumah isteri saya menelefon kakaknya di Kota Belud rupa-rupanya sudah banyak kes kereta dilempar oleh pelbagai objek berlaku di kawasan sekitar tersebut..,malam ini akan membuat laporan polis..,kepada semua pemandu yang selalu lalu dikawasan tersebut plss BE ALERT..!!!....plss share kpd semua...



sumber : Facebook

Asal Usul Nama "Harimau Malaya"


Sejarah Asal-Usul nama Harimau Malaya. 

 Sebenarnya, nama tersebut adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut bermain di posisi 'striker' dan beliau adalah Dollah Don. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor.

Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College. Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.

Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya. Pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah.

Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.


PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.

Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi. Pada era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut.

Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.




Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.

Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.

Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri. Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.

" Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya ' Harimau Malaya ' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.

Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.

Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.