Wednesday, 22 January 2014

10 STATUS DI FACEBOOK YANG SANGAT MENJENGKELKAN

Pernahkan anda terbaca status yang menjengkelkan di Facebook? Kadang-kala status yang ditulis oleh sesetengah rakan kita di Facebook agak menjengkelkan sehingga kita hide atauunfriend individu tersebut. Perkara ini selalu terjadi pada penulis dan bila sudah menyampah, apa lagi terus unfriend. Senang, habis cerita.
Saya senaraikan antara status di Facebook yang boleh menyampahkan dan menjengkelkan orang ramai.
1. Check in kat pusat beli belah dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari-hari shopping, habislah duit’. Pelik individu sebegini, semuanya mahu ditulis. Tidak tahu apa tujuan mereka, tapi yang lebih teruk lagi bila ambil gambar beg plastikshopping dan tayang jenama, malah ada yang tayang tanda harga.
2. Apabila individu tangkap gambar sendiri seperti buat muka comel baru bangun tidur, mulut dimuncungkan dengan caption ‘muka baru bangun tidur, tanpa mekap, mata sembap sebab tak cukup tidur’. Mungkin individu tersebut mahukan perhatian sebab itu sampai tulis status sedemikian malah harapkan orang komen seperti ‘eh u still nampak comel la, nampak muda la dari umur sebenar’.
3. Apabila individu yang asyik ambil gambar anak dan tulis status seperti ‘alahai anak mama makin nakal, suka sepahkan rumah’, masalahnya setiap hari update status pasal anak, anak dan anak. Anak makan, anak baru lepas mandi, anak sedang tidur, kiranya setiap perbuatan si anak mahu tulis di Facebook.
4. Ada juga individu yang sempat check in di hospital dan tulis status berbunyi ‘ayat sendu suruh doakan anak, suami, saudara mara’, yang peliknya sempat pula update status di Facebook bila keadaan genting berlaku. Tak logik betul!
5. Setiap pagi mesti ada individu yang sempat ambil gambar pegang stereng kereta danupdate status seperti ‘jalan jem lagi hari ni’ atau ‘letihlah hari-hari macam ni’, sebenarnya apa tujuan mereka tulis status sedemikian. Mungkin mereka ini inginkan perhatian.
6. Ada juga individu yang kerap kali update status tetapi masalahnya ialah penggunaan bahasa yang kurang difahami, bahasa pelat. Sebagai contoh ‘sayang jadi syunk’, ‘kita jadi kitew atau itew’, ‘makan jadi mamam’, rupanya jadi upenye’. Rosak bahasa kalau terus begini.
7. Bila individu yang sentiasa update status berkaitan hal kerohanian contohnya seperti‘alhamdullillah hari ni rezeki melimpah ruah, semoga hari esok juga begitu’, ‘setiap hari ada saja dugaannya, kuatkanlah diriku ini’. Kiranya begitulah bunyi status. Masalahnya, bila ada yang komen, individu tersebut tidak mahu beritahu pula apa yang berlaku, sedangkan status punyalah. Hurmmm…
8. Bila ada individu yang update status seperti ambil gambar makanan siap captionberbunyi ‘hari ni masak telur goreng dengan sardin saja, syukur nikmat’, alahai macam ini pun ada juga rupanya. Hurmmm.
9. Ada juga status seperti check in di tempat percutian yang agak mewah seperti luar negara dan update ‘best giler tempat ni, nyaman dan tenteram je’ atau status update check in setiap kali ke sesuatu tempat. Boleh dikatakan agak menjengkelkan pada orang yang membacanya. Bila anda update sebegini, ada orang yang berpendapat anda hanya mahu menunjuk sahaja. Jadi, hentikanlah.
10. Berbalik pada status check in di pusat beli belah, ini pula individu yang suka updatestatus ambil gambar koleksi barang peribadi seperti baju, kasut, aksesori, beg tangan dan tulis ‘terima kasih sang boyfriend sebab habiskan duit kat i’, ‘kesian teman lelaki i keje penat-penat, i tukang habiskan duit dia’. Pernah bukan? Yang jadi menjengkelkan ialah bila anda ambil gambar barang peribadi dan tulis teman lelaki, orang jadi menyampah bila baca.

SUBHANALLAH..Proses Awet Rambut Rasulullah di Abu Dhabi

Rasulullah adalah seorang rasul sekaligus nabi terakhir pembawa ajaran agama Islam yang diyakini sebagai penyempurna dari ajaran-ajaran nabi yang terdahulu. Mungkin ramai tidak tahu dimana didunia ini terdapat beberapa bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.

Hanya hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad yang di simpan rapi dan terjaga iaitu janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.

Seorang pengunjung melihat rambut baginda Nabi Muhammad S.A.W yang dipamerkan kepada orang ramai di rumah Shaikh Ahmad Al Khazraji di Abu Dhabi, UAE. Shaikh Ahmad adalah waris dari puak Khazraj, puak utama di Madinah ketika zaman baginda masih hidup.
Proses ini dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.

Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.

Monday, 16 December 2013

Fakta Menarik Mengenai Putrajaya Yang Disorok Oleh Tun Mahathir

Selain Mekah dan Madinah, Putrajaya adalah satu-satunya bandar di dunia yg tiada gereja, tokong, kuil, biara dan seumpamanya. Yang ada hanyalah Masjid dan Surau.

Pergilah ke mana-mana bandar besar, bahkan di bandar utama negara islam seperti Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dan lain lain, kita akan melihat wujudnya pelbagai rumah ibadat selain Masjid dan Surau.
 
Hanya MASJID & SURAU sahaja dibenarkan di PUTRAJAYA.
Itu adalah melambangkan keagungan Islam yang didokong dan diIlhamkan oleh Tun Dr. Mahathir.
 
 
 
Bangunan pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. Perkataan MASJID yang digandingkan dengan PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yang tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) dan PUTRA (mewakili Melayu Bumiputra).
Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam dan mengutamakan Bumiputra.
 
  
Masjid Ke-2 Putrajaya pula ialah MASJID BESI yang turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim dibuat secara adil lagi saksama dengan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam. Alhamdulillah.

Monday, 7 October 2013

Teknik Fotografi menggambar model yang hebat



Memang kreatif cara diorg ambil gambar model utk photoshoot...jom kita praktikkan cara nya..memang mudah & jimat kos..hehe..

               v
               v
               v
               v
               v
               v
               v
               v
               v
               v
               v
               v



Thursday, 12 September 2013

SIRI GAMBAR PANTULAN CERMIN..COOL

Di bawah ialah siri gambar yang sama evokatif yang dihasilkan oleh Tom Hussey. Very nice. 




BARANGAN CIPLAK DENGAN JENAMA PENIRU DARI CHINA

Negara China memang banyak mengeluarkan produk-produk ciplak dan tiruan..kadang2 kita sendiri tertipu dengan produk mereka yang hampir sama dengan yang ori..so, hati2 jika ingin membeli produk-produk atau barang-barang dari negara CHINA....







Wednesday, 14 August 2013

Gambar-Gambar Mona Lisa Yang Lawak

Gambar Mona Lisa Yang Lawak | La Gioconda (La Joconde) atau lebih dikenali sebagai Mona Lisa merupakan sebuah lukisan minyak hasil seni daripada Leonardo da Vinci pada abad ke-16. Lukisan ini sering dianggap sebagai salah satu lukisan paling terkenal di dunia.

Bosan tengok gambar Mona Lisa yang asyik sama je? Jom kita tengok pula gambar Mona Lisa yang telah diubah suai oleh mereka-mereka yang kreatif lagi inovatif.